Lelaki kelar diri di rumah pengantin - Utusan Malaysia

Lelaki kelar diri di rumah pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Tindakan seorang lelaki untuk membunuh diri di sebuah majlis perkhawinan di Jalan Batu 7, Inanam di sini semalam gagal apabila dia berjaya diselamatkan dan sempat dikejarkan ke hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, suspek warganegara asing yang berusia 30-an dikatakan meminta sebilah pisau daripada tetamu di majlis tersebut sebelum menghilangkan diri.

Suspek kemudiannya, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan luka pada bahagian leher di kediaman pengantin terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, suspek kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 di sini.

“Difahamkan, suspek yang bekerja di sebuah ladang di Keningau datang ke Inanam bagi menghadiri kenduri kahwin anak kepada rakannya.

“Sebelum insiden, suspek telah meminta daripada tetamu untuk mendapatkan sebilah pisau sebelum dia bertindak mengelar dirinya,” katanya di sini hari ini.

Chandra berkata, siasatan lanjut mendapati suspek berkemungkinan mengalami tekanan perasaan selepas ditinggalkan isterinya kira-kira setahun lalu.

“Suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dipercayai warganegara Indonesia,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN