KUALA LUMPUR 2 Julai – Kerajaan negeri Melaka digesa supaya berhenti mengelirukan rakyat dengan menyamakan pengambilan graduan berkelulusan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) untuk bekerja di syarikat milik kerajaan negeri itu sebagai pengiktirafan terhadap UEC.
![]() |
|
ERIC CHOO WEI SERN
|
Pengerusi Biro Profesional Muda dan Hal Ehwal Pelajar-Pelajar Institut Pengajian Tinggi MCA, Eric Choo Wei Sern menganggap langkah sedemikian adalah bertentangan dengan makna sebenar pengiktirafan UEC seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).
“Janji ke-50 dalam manifesto parti itu memaklumkan bahawa PH akan mengambil langkah mengiktiraf UEC sebagai kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan syarat pemohon harus mempunyai kelulusan kredit dalam bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Bagi tujuan itu, sijil UEC akan dinilai setara dengan kelayakan sedia ada untuk kemasukan ke IPTA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE












