Penambahbaikan polisi luar negara - Utusan Malaysia

Penambahbaikan polisi luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 2 Jun – Kementerian Luar akan mengkaji beberapa penambahbaikan terhadap dasar luar negara termasuk dalam isu kebebasan, hak asasi manusia, alam sekitar dan pembangunan lestari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Luar yang baharu, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu termasuk memberi komitmen ke arah menandatangani baki enam lagi konvensyen berkaitan hak asasi manusia yang belum ditandatangani oleh Malaysia selain memfokuskan kepada matlamat pembangunan lestari (SDG).

“Kerajaan berdiri di falsafah baharu selaras dengan falsafah manifesto Pakatan Harapan iaitu matlamat kita untuk melahirkan negara yang aman, makmur dan bahagia.

“Kita senaraikan bahawa cara kita untuk mencapai matlamat adalah dengan beberapa teras berasaskan nilai spt demokrasi, keterangkuman, kebebasan, tadbir urus baik, hak asasi manusia dan pembangunan lestari.

“Kita akan terus dengan dasar luar seperti berbaik dengan semua negara. ASEAN menjadi keutamaan kita. Dasar-dasar tentang keberkecualian sentiasa menjadi antara prinsip polisi luar yang kita akan teruskan,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat bersama kepimpinan tertinggi Wisma Putra, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin memberitahu, dalam mana-mana negara, dasar luarnya sangat bergantung kepada hala tuju dan pemikiran ketua kerajaan justeru, dalam konteks itu kementerian akan mengikuti rapat perbincangan-perbincangan dengan Perdana Menteri.

“Kita akan terima nasihat dari beliau dalam banyak hal. Sudah tentu tugas kita juga untuk sampaikan maklumat sebaik-baiknya kepada Perdana Menteri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN