900 penghuni pusat jagaan JKM Johor tiada penjaga - Utusan Malaysia

900 penghuni pusat jagaan JKM Johor tiada penjaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sebanyak 70 peratus atau kira-kira 900 daripada lebih 1,300 penghuni di pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor tidak mempunyai keluarga atau waris.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas JKM negeri, Adnan Md Yasin berkata, kebanyakan mereka dijaga sejak bayi serta tidak mempunyai pengenalan diri hingga dewasa. 

“Ada juga keluarga yang menghantar anak tetapi apabila anak itu sudah besar untuk dipulangkan, pihak kami gagal mengesan waris atau penjaga walaupun pada asalnya ada alamat untuk dihubungi,” katanya yang ditemui selepas merasmikan sambutan Aidilfitri peringkat Pusat Jagaan  Warga Emas dan OKU Taman Sinar Harapan Tampoi di sini hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan JKM biasanya adalah golongan OKU dan daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk menjaganya.

Katanya, kesedaran masyarakat untuk menjaga kebajikan golongan OKU kanak-kanak semakin meningkat berbanding dahulu.

“Pusat jagaan JKM tidak boleh sewenang-wenangnya akan memberi jagaan (OKU dan warga emas), banyak prosedur yang perlu diteliti terlebih dahulu,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN