Polis kesan waris lelaki mati mengejut April lalu - Utusan Malaysia

Polis kesan waris lelaki mati mengejut April lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 2 Julai – Polis sedang mengesan waris seorang warga emas, Abdul Sani Mat, 74, yang maut pada 12 April lepas di Jalan Dato Koyah, Georgetown, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…
Abdul Sani Mat,
ABDUL SANI MAT

Polis dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, mayat lelaki itu kini berada dalam simpanan Jabatan Forensik di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini.

Katanya, mana-mana waris yang ingin menuntut mayat tersebut perlu melakukannya dalam tempoh dua minggu daripada kenyataan ini dibuat.

Waris yang ingin berbuat demikian boleh menghubungi Inspektor Shazwan di talian 010-3881368 atau Sarjan Govindaraj (019-4741096) atau menghubungi Balai Polis Central di talian 04-2645522.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan ditemui dalam keadaan berulat di bilik sewanya yang berkunci selepas pemilik rumah berkenaan mendakwa terhidu bau busuk.

Difahamkan, mangsa tinggal seorang diri di bilik berkenaan sejak lima tahun lalu dan polis cuba mengesan warisnya sejak kejadian itu berlaku, namun, masih gagal hingga kini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN