Seorang PATI lemas, 18 masih hilang - Utusan Malaysia

Seorang PATI lemas, 18 masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGERANG 2 Julai – Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia lemas, manakala 18 yang lain masih hilang selepas bot pancung dinaiki mereka karam di kedudukan 6.5 batu nautika dari Tanjung Punggai, di sini tengah malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata, bot pancung tersebut dinaiki seramai 44 orang dan dalam perjalanan memasuki negara ini.

“Setakat ini, kami telah menemukan seramai 26 mangsa, iaitu dua wanita dan 24 lelaki, termasuk seorang mangsa yang lemas.

“Operasi mencari dan menyelamat baki 18 mangsa masih diteruskan,” katanya dalam sidang akhbar di Jeti Marina Pengerang, di sini sebentar tadi.

Seramai 144 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam misi tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN