[VIDEO] Kahwini kanak-kanak: Suami nafi larikan diri - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kahwini kanak-kanak: Suami nafi larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 2 Julai – Suami kepada kanak-kanak berusia 11 tahun menyangkal dakwaan dia melarikan diri daripada berjumpa dengan pihak berkuasa serta wakil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Che Abdul Karim Che Hamid, 41, berkata, dia tidak ke mana-mana malah menjalankan kerja membeli getah daripada penduduk kampung seperti biasa.

Malah katanya, dia dan isteri ketiganya itu telah dipanggil oleh polis untuk memberikan kenyataan dan pihak kerajaan negeri akan turut bertemu dengannya di sini pada petang ini.

“Justeru, saya akan mendapatkan nasihat pihak kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan, termasuk mendaftarkan perkahwinan kami.

“Saya tidak ke mana-mana kerana masih ada di kampung ini dan menjalankan kerja membeli getah daripada penduduk kampung seperti biasa. Saya bersedia berjumpa dengan sesiapa termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Che Abdul Karim berkata, biar apa pun yang terjadi, dia tidak akan melepaskan isterinya itu walau dicemuh oleh pelbagai pihak.

“Saya berharap perkara ini reda dan terkawal. Saya mohon doa yang baik-baik daripada semua. Tetapi untuk meninggalkan Ayu tidak sekali-kali kerana saya sudah mengambilnya sebagai isteri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN