CIMB susun semula cawangan tanpa abaikan pelanggan - Utusan Malaysia

CIMB susun semula cawangan tanpa abaikan pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Penutupan CIMB Bank cawangan Parit Raja merupakan sebahagian daripada usaha institusi perbankan itu menyusun semula cawangan-cawangan mereka di seluruh negara tetapi pada masa sama masih prihatin dengan keperluan pelanggan.

Memuatkan artikel berkaitan…

CIMB Bank dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini memberitahu, untuk itu pihak bank tersebut tetap menyediakan perkhidmatan perbankan melalui mesin teler automatik (ATM).

Berikut adalah kenyataan penuh CIMB berhubung penutupan cawangan mereka di Parit Raja:

Kami merujuk kepada surat yang diterbitkan di dalam Utusan Malaysia (mukasurat 11) bertarikh 30 Jun 2018 dan juga di laman web Utusan Online (http://www.utusan.com.my/rencana/forum/jangan-tutup-

cimb-parit-raja-1.699534).

Untuk makluman Tuan, pergabungan CIMB Bank Parit Raja dengan CIMB Bank Taman Bukit Pasir adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyusun semula rangkaian cawangan-cawangan CIMB Bank di Malaysia.

Walaubagaimanapun, kami sentiasa prihatin terhadap keperluan perbankan pelanggan CIMB, dan hakikatnya, pelbagai perkhidmatan perbankan boleh didapati di mesin ATM (mesin teler automatik) dan CDM (mesin deposit tunai) kami yang terdapat di bandar Parit Raja iaitu di Petronas Parit Raja, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan di Tesco Parit Raja, termasuk:

1. Pengeluaran wang tunai

2. Pemindahan dana/bayaran pinjaman/bayaran kad kredit ke dalam akaun CIMB atau bukan CIMB

(non-CIMB account)

3. Tambahnilai kad Touch ‘n Go

4. Semakan baki akaun simpanan/semasa/kad kredit/pinjaman

5. Deposit tunai ke dalam akaun CIMB (simpanan/semasa/kad kredit/pinjaman)

6. Pembayaran bil utiliti

7. Permintaan buku cek

8. Penyata perbankan mini (mini statement)

9. Pendaftaran perbankan atas talian

10. Penukaran nombor pin dan limit transaksi

Perkhidmatan Perbankan 365 (365 Banking) kami yang merangkumi penggunaan mesin ATM dan CDM boleh digunakan oleh pelanggan diluar waktu perbankan rasmi seperti berikut:

Petronas Parit Raja: 8.00 pagi – 10.00 malam (ATM dan CDM, terletak 900m dari CIMB Bank Parit

Raja)

Tesco Parit Raja: 8.00 pagi – 11.00 malam (ATM)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: 24 jam (ATM)

Untuk maklumat lanjut mengenai senarai perkhidmatan yang lengkap, pelanggan boleh layari https://www.cimbbank.com.my/en/personal/banking-with-us/ways-to-bank/self-service-banking.html

Selain itu, pelanggan juga boleh layari CIMB Clicks (https://www.cimbclicks.com.my) bagi pelbagai perkhidmatan perbankan atas talian, pada bila-bila masa, iaitu 24 jam sehari.

Pelanggan tidak perlu membuang masa, tenaga dan kos parkir kerana pelbagai perkhidmatan perbankan boleh dilakukan di atas talian, di mana-mana sahaja. Tambahan pula, buat masa ini, pemindahan dana ke akaun CIMB atau

bukan CIMB melalui CIMB Clicks adalah percuma.

Bagi pelanggan yang masih ada kemusykilan, kami juga boleh dihubungi pada bila-bila masa, 24 jam sehari, di talian 03-6204 7788.

Sekian, Terima Kasih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN