Musa tidak hadir sidang DUN penggal pertama  - Utusan Malaysia

Musa tidak hadir sidang DUN penggal pertama 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 2 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman tidak hadir pada pembukaan rasmi mesyuarat pertama penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang ke-15 di Bangunan DUN di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Musa yang juga bekas Ketua Menteri Sabah tidak kelihatan sepanjang istiadat berlangsung memandangkan beliau kini dikatakan sedang menjalani rawatan kesihatan di London.

Sementara itu, seramai 20 ADUN pembangkang mengangkat sumpah semula di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abbas Syed Ali kira-kira pukul 8 pagi sebelum sidang DUN berlangsung.

Mereka terdiri daripada 10 ADUN UMNO, enam Parti Bersatu Sabah (PBS) dan dua daripada Solidariti Tanah Airku (Star) serta masing-masing seorang daripada Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut dan Parti Bersatu Rakyat Sabah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN