Dr. Xavier, pemimpin yang disegani, berjiwa rakyat - Utusan Malaysia

Dr. Xavier, pemimpin yang disegani, berjiwa rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kuala Langat daripada PKR, Dr. Xavier Jayakumar yang dilantik sebagai Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli baharu adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat disegani semua pihak terutama di kawasan Klang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Doktor gigi berusia 65 tahun itu menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan St Michael, Ipoh, Perak sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading di College of Dental Surgery, Manipal, India dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pembedahan Pergigian (Bachelor of Dental Surgery).  

Dalam arena politik pula, Naib Presiden PKR yang menetap di Klang itu mula menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada tahun 2008 dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas, Selangor dengan majoriti 10,203 undi.  

Beliau kemudian dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menjaga hal ehwal Kesihatan dan Pekerja Ladang ketika zaman pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada tahun 2008.  

Sekali lagi, beliau mempertahankan kerusi DUN Seri Andalas yang kini ditukar nama DUN Sungai Kandis hingga PRU-13 pada 2013. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN