KUALA LUMPUR – Sambutan AIdilfitri tahun ini lebih meriah berbanding biasa bagi dua pengguna setia Kimball, Mariah Idris dan Haniff Baharom apabila mereka memenangi jamuan rumah terbuka percuma yang diserikan dengan kehadiran cef selebriti Fikree.
Selain kehadiran Fikree yang membawa pelbagai juadah lazat yang disediakan menggunakan produk Kimball ke rumah mereka untuk dinikmati bersama rakan dan taulan, mereka berdua turut menerima barangan dari Tupperware bernilai RM1,000.
Menurut Mariah, mereka sekeluarga amat gembira dengan kehadiran Fikree dan ibu kepada empat orang anak itu mengaku mendapat pelbagai tips masakan berguna daripada cef kegemarannya itu.
“Saya juga dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga dan sahabat-sahabat saya selain daripada menumpukan masa menyediakan sajian raya.
Kami sekeluarga masih tidak percaya dengan kehadiran cef Fikree kerana kami telah mengikutinya sejak beliau di pertandingan memasak lagi sehinggalah ke rancangan memasaknya kini,” katanya menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Menurut Pengurus Pemasaran Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Tania Lee, Kimball sentiasa mencari cara yang kreatif dan berbeza dalam memberikan ganjaran dan mewujudkan interaksi bersama pengguna setia mereka.
“Kami berbesar hati dapat mencipta pengalaman yang unik dan bermakna bersama cef Fikree bagi para pemenang selain meringankan beban mereka dalam penyediaan rumah terbuka raya,” katanya. – K! ONLINE











