Zeti mahu terus pacu PNB - Utusan Malaysia

Zeti mahu terus pacu PNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang baru dilantik, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berharap beliau dapat terus memacu prestasi syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) itu pada masa hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sambil menyifatkan dirinya sangat berbesar hati dan merakamkan penghargaan dengan pelantikan tersebut, Zeti yang juga Ahli Majlis Penasihat Kerajaan berasa teruja untuk bekerjasama serta mencurahkan pengalaman beliau kepada PNB.

“Saya sangat berbesar hati dengan pelantikan ini dan tidak sabar untuk bekerja bersama-sama dalam usaha mengekalkan prestasi PNB serta dalam masa yang sama menyumbang ke arah keseluruhan ekonomi.

“Saya akan mengadakan pertemuan pertama dengan warga kerja PNB petang ini. Itu sahaja yang boleh saya katakan ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di sini hari ini.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu dilantik sebagai Pengerusi PNB yang baharu selepas persaraan Tan Sri Abdul Wahid Omar, Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN