Waris mangsa bunuh mempunyai tatu Andi diminta tampil - Utusan Malaysia

Waris mangsa bunuh mempunyai tatu Andi diminta tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Polis meminta waris kepada seorang lelaki dipercayai warga asing dan mempunyai tatu nama Andi yang mati dibunuh di Batu 7, Sijangkang pada 20 Jun lalu supaya tampil untuk menuntut mayat mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman berkata, mayat mangsa yang ditemui hasil maklumat orang awam itu masih belum diketahui identitinya dan tidak dituntut sehingga kini.

“Hasil bedah siasat pada mayat mangsa yang berumur 30an tidak menemukan sebarang kesan suntikan vaksin ‘Bacillus calmette-guerin’ (BCG) pada lengannya namun dia bersunat dan dipercayai warga asing.

“Mangsa juga mempunyai tatu bernama Andi,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini sebentar tadi.

Beliau menambah, mangsa telah dibunuh dengan dipukul menggunakan batu di bahagian muka.

“Sehubungan itu, waris atau mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah daerah Kuala Langat, Asisten Supritendan Damie Jaimilin di talian 012-8359039,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN