Ahmad Zahid belum selesai beri keterangan - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid belum selesai beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 2 Julai- Selepas tiga jam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi belum selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dua kes yang disiasat suruhanjaya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, tempoh mengambil keterangan mungkin akan berlanjutan sehingga jam 7 petang ini memandangkan Ahmad Zahid perlu memberi keterangan berhubung dua kes bagi membantu siasatan SPRM.

Dua kes yang disiasat itu membabitkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan penyelewengan dana sebuah yayasan diterajui Ahmad Zahid bernilai lebih RM1 juta.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 9.52 pagi bagi memberi keterangan berhubung siasatan dua berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dihubungi SPRM pada 27 Jun lalu untuk hadir bagi memberi keterangan mengikut Akta SPRM 2009.

Semalam, Ahmad Zahid dalam sidang akhbar pertamanya selaku Presiden UMNO memaklumkan beliau bersedia memberikan kerjasama kepada SPRM berhubung kedua-dua kes berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN