Lelaki didakwa tikam anak saudara - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa tikam anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan membunuh anak saudara perempuannya berusia tiga tahun yang mana mayat mangsa ditemui dengan 59 kesan tikaman dua minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Goh Jie Keat, 22, selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan penganggur itu didakwa membunuh Serena Yip Pei Yee yang berusia tiga tahun antara pukul 7 petang hingga 8 malam pada 18 Jun lalu.

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati.

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K.Vasugi manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 September ini untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN