Isu lelaki kahwin kanak-kanak 11 tahun: Exco mahu jumpa keluarga sebelum komen - Utusan Malaysia

Isu lelaki kahwin kanak-kanak 11 tahun: Exco mahu jumpa keluarga sebelum komen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 2 Julai – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Wanita negeri, Mumtaz Md. Nawi enggan mengulas lanjut berhubung perkahwinan bawah umur yang tular di media sosial, kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mumtaz, beliau ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada keluarga mangsa sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Tak boleh ulas sebab nak pergi jumpa keluarga di Gua Musang dulu, lepas itu baru boleh ulas, nanti saya ulas.

“Saya belum mengetahui kisah sebenar daripada keluarga sendiri,” ujarnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mumtaz menjelaskan sekiranya seseorang individu ingin bernikah di Thailand hanya perlu mengikut prosedur di negara berkenaan.

“Kalau nak nikah di Thailand kena minta izin sana lah, bukan kerajaan sini, dari segi hukum syarak sah,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN