Kadar kompaun penipuan umrah mungkin naik - Utusan Malaysia

Kadar kompaun penipuan umrah mungkin naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar kompaun kepada agensi pelancongan yang didapati terlibat pakej penipuan umrah sehingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua Setiausahanya, Haslina Abdul Hamid berkata, kompaun berkenaan dikenakan sebagai pengajaran dan hukuman kepada pengendali umrah untuk mengelakkan kes penipuan daripada berterusan.

“Kita kini sedang sedang membuat perbincangan di peringkat akhir untuk menetapkan kadar kompaun yang baharu kepada agensi yang terlibat memandangkan kompaun sebelum ini yang dikenakan sebanyak RM5,000 terlalu rendah .

“Sehingga Mei tahun lalu, kita menerima laporan penipuan sebanyak 359 kes membabitkan kerugian sebanyak RM12.4 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program B2B Umrah dan Kembara Islam 2018 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang.

Program anjuran MATTA itu turut disertai 30 syarikat pelancongan dan pengusaha hotel dari Arab Saudi.

Dalam masa sama, Haslina berkata, kementeriannya kini berkerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk membanteras kegiatan penipuan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN