Mahkamah bebaskan ahli perniagaan selepas bayar kompaun RM200,000 - Utusan Malaysia

Mahkamah bebaskan ahli perniagaan selepas bayar kompaun RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang ahli perniagaan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas membayar kompaun sebanyak RM200,000 kepada seorang penjaga bot yang ditetak dengan parang dan disimbah asid.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin membuat keputusan tersebut selepas Mohd. Nurfino Omar, 35, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan.

Mohd. Nurfino atau lebih dikenali sebagai Fino didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Mohd. Khaidzir Hanafi, 37, di hadapan sebuah rumah di Kampung Padang Purut, Nilam Puri di sini antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi, 13 Februari 2012.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun serta boleh didenda.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaidi Zainal. 

Ahmad Zaidi berkata, kompaun tersebut sudah dibayar tertuduh kepada mangsa pada pukul 3 petang, 28 Disember 2017 di pejabat Suruhanjaya Sumpah Kota Bharu di sini.

Ahmad Bazli selepas mendengar penerangan mangsa dan bapanya yang bersetuju dengan kompaun itu dan telah menerima mahkamah hari ini kemudian membenarkan kompaun tersebut mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN