Kiwanis Careheart Centre dibuka untuk bantu OKU - Utusan Malaysia

Kiwanis Careheart Centre dibuka untuk bantu OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 1 Julai – Kiwanis Careheart Centre merasmikan pembukaan kedai baharunya yang bertujuan untuk memberi latihan teknikal secara amali kepada pelajar yang terdiri daripada kalangan orang kurang upaya (OKU).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengetuanya, Koh Guan Hoe berkata, kedai tersebut memberi peluang berharga kepada pelajarnya untuk mempelajari kemahiran berniaga sebagai persediaan untuk menyertai alam pekerjaan.

Beliau berkata, setiap hari dua pelajar istimewa akan ditempatkan di kedai tersebut dan dibantu oleh dua kakitangan tetap.

“Objektif pembukaan kedai ini untuk memberi peluang mempelajari ilmu berkaitan dan membantu mereka mendapatkan kerja dalam masyarakat.

“Di sini, mereka akan belajar untuk mempromosikan barangan, selain berkomunikasi secara kerap dengan pelanggan yang datang,” katanya dalam majlis perasmian di pusat beli-belah Sutera Mall, Taman Sutera, di sini kelmarin.

Kedai tersebut menempatkan pelbagai produk kesenian seper­ti cenderamata, kraf tangan dan lukisan yang kebanyakannya dihasilkan oleh OKU.

Guan Hoe berharap objektif penubuhan kedai tersebut dapat dicapai kerana golongan OKU juga memerlukan pekerjaan dan pendapatan untuk menampung kehidupan mereka sama seperti anggota masyarakat yang lain.

“Pihak yang mahu menghulurkan bantuan dan menyokong usaha ini boleh berbuat demikian dengan memberi sumbangan ke dalam tabung yang terdapat di kedai ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN