Khairy hargai tawaran Presiden - Utusan Malaysia

Khairy hargai tawaran Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Julai – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menghargai langkah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid yang menawarkan beliau jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau berkata, walau bagaimanapun tawaran tersebut ditolak kerana mahu memberi sepenuh perhatian terhadap tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen.

Tegasnya, beliau akan tetap kekal dalam UMNO dan sedia membantu parti tersebut.

“Terima kasih Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid kerana menawarkan saya jawatan Setiausaha Agung BN tadi. Saya memberi tahu beliau saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan tinggi parti.

“Saya memberi fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen. Sedia bantu dan tetap bersama UMNO,” katanya dalam status yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam satu kenyataan berkata, pelawaannya terus terbuka kepada dua calon Presiden UMNO, Khairy dan Tengku Razaleeigh Hamzah untuk bersama-sama kepemimpinan baharu bagi menterjemahkan pembaharuan parti.

Terdahulu, Khairy turut berkongsi keputusan rasmi pemilihan UMNO yang diadakan semalam.

Ahmad Zahid mendapat jumlah tertinggi sebanyak 39,197 undi dari 99 bahagian dalam pemilihan tersebut, diikuti Khairy (32,592 undi dari 63 bahagian), manakala Tengku Razaleeigh (20,462 undi dari 30 bahagian). – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN