LONDON – Luka Modric menjelaskan Croatia yang dilabel sebagai pasukan bukan pilihan, tidak akan rugi apa-apa sekiranya mereka tersingkir dalam kempen Piala Dunia 2018 FIFA kepada ‘pasukan pengacau’ Denmark di pusingan 16 pasukan terbaik awal pagi nanti.
Bintang perancang Real Madrid ini dalam prestasi terbaiknya sepanjang kempen di Rusia, namun menasihati rakan sepasukannya supaya tidak terlalu dibuai kejayaan selepas mengutip mata maksimum di peringkat kumpulan termasuk menewaskan Argentina 3-0.
Croatia diramal sekurang-kurangnya mampu menyamai pencapaian terbaik mereka pada edisi 1998 di Perancis di mana mereka mara ke separuh akhir.
“Ini perlawanan penting bagi kami dan saya sangat berbangga dengan apa yang kami capai setakat ini. Namun kami perlu lupakan semua kejayaan lalu dan fokus kepada apa yang di depan.
“Ia akan menjadi ujian paling besar buat kami dan ia juga akan menjadi suatu pencapaian luar biasa yang dapat generasi kami kecapi jika dapat melepasi ujian ini sejak kali terakhir melakukannya pada 1998.
“Kami memiliki keyakinan yang penuh dan kami telah tunjukkannya pada peringkat kumpulan di mana kami bermain sebagai satu pasukan. Kami perlu lakukannya sekali lagi,” kata Modric.
Modric yang mejulang empat trofi Liga Juara-Juara bersama Real Madrid, bakal berdepan bekas rakan sepasukannya di Tottenham Hotspur, Christian Eriksen yang menjadi nadi penting kejayaan Denmark.
“Saya tidak suka dibandingkan dengan pemain lain, tetapi apa boleh saya katakan tentang eriksen ialah dia pemain berkelas dunia serta mengharungi musim cemerlang bersama Tottenham.
“Dia adalah tonggak utama Denmark, namun apa yang bakal menentukan ialah bagaimana pasukan kamu bermain secara berkumpulan. Seorang pemain tidak boleh mengemudi rentak permainan, sebaliknya cara permainan berpasukan kamu yang lebih penting,” katanya.
‘He’s Denmark’s most important player but what will decide will be how the teams perform as a collective. Individuals can dictate certain incidents but it’s how you perform as a team that counts.’
Jurulatih Croatia Zlatko Dalic pula berkata, pasukannya tidak akan memandang rendah keupayaan Denmark yang masih belum kalah dalam 18 perlawanan.
“Mereka pasukan yang manta dan lebih tersusun, kami mungkin berdepan masalah dalam segi set piece. Kami perlu lebih berhati-hati, perlu lebih sabar dan menanti peluang kami,” jelasnya. – Agensi











