Shahanim, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani baharu - Utusan Malaysia

Shahanim, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 1 Julai – Bekas Ahli Dewan Negara, Datuk Shahanim Mohamad Yusof dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani yang baharu selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Abdul Rahim Saad dalam pemilihan parti semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…
Shahanim, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani baharu
Shahanim Mohamad Yusof

Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani berjaya memperoleh 428 undi sekali gus menewaskan Abdul Rahim yang hanya mendapat 246 undi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula dimenangi Naib Ketuanya, Mohd Rodhi Rejab yang mengalahkan pencabarnya, Makbul Ilahi Hashim dengan majoriti 15 undi.

Jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian pula dimenangi bekas Ketua Pemuda, Muhamad Effendi Mashum mendapat 333 undi manakala pencabarnya Razali Othman memperoleh 302 undi.

Sementara itu, Shahanim berkata, beliau bersyukur dengan kemenangan ini kerana segala kerjanya dalam parti selama 17 tahun dinilai dan dihargai ahli UMNO.

“Kejayaan itu amat bermakna sekali dan berjaya menceriakan ramai rakan-rakan.

“Setelah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, saya akan membuat apa sahaja yang terbaik melalui amanah yang diberikan itu bersama jawatankuasa lain yang dipilih itu,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN