Bekas Ketua Puteri umum keluar UMNO - Utusan Malaysia

Bekas Ketua Puteri umum keluar UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar UMNO berkuat kuasa hari ini dan menjadi Ahli Parlimen bebas susulan keputusan pemilihan parti yang berakhir semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, tindakannya itu dilakukan dengan seikhlas hati tanpa sebarang paksaan atau ancaman.

“Saya mahu menjadi Ahli Parlimen yang berperanan menegur dan menasihati pihak kerajaan sebagai ‘check and balance’ atas dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) tanpa terikat dengan etika Ahli Parlimen yang mewakili sesebuah parti.

“‘Power corrupts and absolute power corrupts absolutely’ dan berlandaskan latar belakang saya sebagai bekas peguam, diharapkan mampu membuat yang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk memastikan badan eksekutif dipantau oleh Parlimen yang efektif,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN