Zahid dipilih sebagai Presiden UMNO - Utusan Malaysia

Zahid dipilih sebagai Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemilihan UMNO 2018 mencatat sejarah apabila Pemangku Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, diumumkan sebagai Pre­siden parti yang kelapan bagi tempoh 2018-2021 dengan me­ngalahkan empat lagi calon lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setakat pukul 9.40 malam tadi, Zahid, 65, yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri memperoleh 91 undi berban­ding dua lagi pesaing iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, 42 dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, 81, yang masing-masing memperoleh 72 dan 28 undi.

Tengku Razaleigh bertan­ding buat kali kedua untuk menjadi Presiden UMNO selepas cubaan pertama beliau digagalkan oleh kelebihan 43 undi yang memihak kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Zahid menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak yang meletakkan jawatan sebagai Presiden parti berikutan kekalahan Barisan Nasio­nal (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN