Jelajah seluruh negara 
sokong institusi raja, Islam - Utusan Malaysia

Jelajah seluruh negara 
sokong institusi raja, Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Jun – Pemantau Malaysia Baharu (PMB) merancang untuk mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi mengutip tanda tangan orang ramai sebagai tanda sokongan terhadap usaha mempertahankan institusi raja dan agama Islam.

Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, kesemua tanda tangan yang dikutip akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong apabila jelajah tersebut selesai kelak.

“Perhimpunan hari ini adalah yang pertama selepas kami mendapati institusi Islam, hak istimewa orang Melayu dan institusi raja mula diperlekehkan oleh sesetengah pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas ini, kami akan turun ke setiap negeri dan menganjurkan perhimpunan yang sama sebelum tanda tangan yang kami peroleh itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika ditemui sejurus selepas Himpunan Pertahan Institusi Islam dan Raja-raja Melayu di pekarangan Masjid Negara, di sini hari ini.

Perhimpunan tersebut diadakan sebagai simbolik penentangan terhadap tindakan beberapa individu dan kumpulan tertentu yang cuba menghina dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap institusi Islam dan raja-raja Melayu.

Beberapa minggu lalu, bekas Ketua Media dan Komunikasi Maj­lis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin telah mengeluarkan kenyataan kontroversi berkaitan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong dalam blog yang dikendalikannya.

Dalam masa yang sama, aktivis Hishamuddin Rais turut didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong di dalam blognya.

Namun, Hishamuddin dilaporkan telah membuat laporan polis dan mendakwa blognya telah digodam.

Beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik turut memberikan ucapan dalam perhimpunan tersebut, termasuk Timbalan Presiden PMB, Datuk Azwanddin Hamzah; Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki dan Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh.

Dalam pada itu, ketika dita­nya tentang penglibatan Pas dalam perhimpunan tersebut, Zuhdi berkata, ia masih dalam perbinca­ngan, namun beliau te­tap hadir atas kapasiti individu memandang­kan objektif perhimpunan tersebut selari dengan perjuangan Pas.

“Setakat ini, Pas belum me­nge­luarkan sebarang kenyataan rasmi, namun melihat kepada kenyataan pucuk pimpinan Pas sebelum ini, apa yang diperjuangkan dalam perhimpunan ini adalah selari dengan perjuangan Pas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini