Sabung nyawa untuk pulang berhari raya - Utusan Malaysia

Sabung nyawa untuk pulang berhari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Puluhan ribu warga Dhaka, Bangladesh membanjiri terminal feri serta stesen kereta api dan bas untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 15 Jun lalu.

Kenderaan di kebanyakan jalan utama di Dhaka berkurangan disebabkan warga kota yang telah mula meninggalkan bandar tersebut sejak beberapa hari sebelumnya.

Namun, suasana yang menarik perhatian di negara itu adalah apabila ribuan penduduk sanggup bersabung nyawa dengan bersesak-sesak menaiki kereta api.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jumlah perjalanan kereta api yang terhad tidak dapat menampung peningkatan jumlah orang ramai yang ingin pulang ke kampung. Demi memastikan mereka dapat menyambut lebaran, orang ramai sanggup memanjat bumbung dan bergayut di tepi gerabak serta lokomotif.

Kira-kira satu pertiga daripada 20 juta penduduk Dhaka meninggalkan bandar raya tersebut dua kali setahun bagi menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.

Pihak berkuasa mempertingkatkan keselamatan ketika musim perayaan demi keselamatan orang ramai yang pulang ke kampung halaman terutamanya di kawasan solat Aidilfitri diadakan berikutan dua serangan pengganas ketika Ramadan pada tahun 2016.

Setakat ini, pihak berkuasa belum menerima apa-apa ancaman. – Agensi/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini