Laksanakan daftar undi automatik berbanding turun had umur - Utusan Malaysia

Laksanakan daftar undi automatik berbanding turun had umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran melaksanakan pendaftaran mengundi secara automatik terhadap setiap remaja yang menginjak usia 21 tahun, berbanding melaksanakan cadangan menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Muhammad Fadzil Hasan berkata, adalah lebih baik kerajaan melaksanakan pendekatan itu bagi memastikan belia yang mencapai umur ditetapkan secara automatik tersenarai dalam daftar pemilih dan boleh mengundi.

“Jika kita turunkan had umur sekalipun, tetapi individu itu gagal mendaftar, mereka tetap tidak berpeluang untuk mengundi. Maka sepatutnya cukup umur, secara automatik nama sudah tersenarai sebagai pengundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Daripada segi pelaksanaannya, kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara  perlu bekerjasama untuk memperkenalkan mekanisme atau sistem yang sesuai untuk merealisasikan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Muhammad Fadzil berkata, pendekatan itu mampu mengurangkan peratusan golongan muda yang layak tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi.

Katanya, pendekatan itu sudah lama disarankan oleh ramai pihak termasuklah badan bukan kerajaan tempatan namun tidak mendapat perhatian kerana sistem pendaftaran pengundi sedia ada dianggap masih efisien.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam temu bual eksklusif  bersama Malay Mail baru-baru ini dilaporkan berkata, pentadbirannya mungkin akan menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun susulan ‘gelombang’ belia dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan pertukaran kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto PRU14 berhasrat mengubah had umur layak mengundi dari 21 ke 18 tahun. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini