Gobind jumpa wakil Astro bincang mutu perkhidmatan minggu depan - Utusan Malaysia

Gobind jumpa wakil Astro bincang mutu perkhidmatan minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Jun – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo akan bertemu dengan wakil Astro minggu depan bagi berbincang mengenai perkhidmatan rangkaian televisyen berbayar itu.

Gobind Singh Deo
Gobind Singh Deo

Gobind berkata, pertemuan itu diadakan susulan aduan orang ramai mengenai mutu perkhidmatan Astro.

“Ramai yang mengadu berkenaan perkhidmatan Astro. Saya telahpun jemput wakil mereka ke pejabat saya untuk bincang perkara-perkara yang dibangkitkan minggu depan,” kata Gobind dalam catatan Twitter beliau hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian bagi membalas mesej seorang pengguna Twitter ‘@NPeriasamy5’ yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Astro yang dilanggannya.

Pengguna itu mendakwa dia tidak berpuas hati dengan cara Astro melayani aduannya walaupun selepas dia beberapa kali menghantar tweet kepada syarikat berkenaan.

Dia mendakwa bahawa dekoder Astro miliknya menghadapi isu teknikal yang menyebabkan berlakunya gangguan siaran.

“Sejak beberapa hari lalu cuba selesaikan masalah dekoder rosak tetap mereka langsung tidak peduli. Lebih menyakitkan hati lagi apabila Astro mahu mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM61!,” kata pengguna itu dalam Twitter.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×