Denmark, Australia sekadar seri - Utusan Malaysia

Denmark, Australia sekadar seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMARA – Australia memanfaatkan sepenuhnya bantuan teknologi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk bangkit setelah ketinggalan seterusnya berjaya mengikat Denmark 1-1 dalam aksi kedua kumpulan C malam tadi.

Dalam aksi tersebut, Christian Eriksen terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh apabila pemain tengah Tottenham Hotspur itu mudah memanfaatkan hantaran Nicolai Joergensen.

Permulaan sempurna Denmark tidak bertahan lama sebaik pengadil dari Sepanyol, Antonio Mateu memberikan sepakan penalti kepada pasukan yang terkenal dengan jolokan The Socceroos itu apabila sistem VAR mendapati bola terkena tangan penyerang Denmark, Yussuf Poulsen dalam kawasan kotak penalti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesempatan itu jelas dimanfaatkan sepenuhnya oleh kapten Australia, Mile Jedinak yang mudah menewaskan penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel pada minit ke-38.

Bersambung pada babak kedua permainan, kedua-dua pasukan terdesak untuk mencari gol kemenangan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Denmark kini beroleh empat mata hasil kemenangan 1-0 menentang Peru pada aksi pembukaan kumpulan Ahad lalu manakala Australia sekadar mengumpul satu mata.

Denmark bakal menutup kempen Kumpulan C bertemu pasukan pilihan, Perancis, manakala Australia akan menghadapi Peru Selasa ini. – Agensi
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini