Polis tahan empat suspek pecah rumah di Manjung - Utusan Malaysia

Polis tahan empat suspek pecah rumah di Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Polis menahan empat suspek termasuk dua wanita dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah sejak lima bulan lalu di sekitar daerah Manjung semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Chong Boo Khim berkata, kesemua suspek ditahan kira-kira 3.50 petang semalam selepas seorang daripada mereka dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan apartmen Bukit Permata, Lumut.

“Suspek berumur 24 tahun itu sedang menggalas beg dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan ke atasnya menemukan peralatan memecah rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek seterusnya membawa pihak polis ke apartmen yang dipercayai digunakan sebagai tempat meletakkan barang curi sebelum dijual,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Chong berkata, susulan itu juga pihaknya menahan seorang lelaki berumur 29 tahun dan dua wanita masing-masing berumur 33 dan 36 tahun.

“Sehingga kini sebanyak enam kes pecah rumah telah berjaya dibongkar daripada kesemua suspek,” katanya menambah kesemua suspek positif juga dadah jenis syabu dan tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes curi dan dadah.

Beliau berkata kesemua suspek direman mulai hari ini hingga Ahad dan kes disiasat menurut  Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini