5.2 juta pelarian pulang ke Afghanistan - Utusan Malaysia

5.2 juta pelarian pulang ke Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 20 Jun – Lebih daripada 5.2 juta pelarian Afghanistan pulang ke negara ini, menurut laporan agensi berita Xinhua memetik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai berkata hari ini.

Semalam, Menteri Hal Ehwal Pelarian dan Penghantaran Pulang, Sayed Hussain Alemi Balkhi berkata kira-kira enam juta rakyat Afghanistan hidup sebagai pelarian.

Daripada angka berkenaan, kira-kira lima juta pelarian tinggal di Pakistan dan Iran, manakala selebihnya di negara lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut UNHCR, kekurangan akses kepada kemudahan seperti pendidikan dan kesihatan, perumahan serta tanah menjadi cabaran utama bagi mereka yang kembali membina kehidupan di Afghanistan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini