Mustahak penjawat tinggi awam kuasai Bahasa Inggeris  - Utusan Malaysia

Mustahak penjawat tinggi awam kuasai Bahasa Inggeris 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penguasaan Bahasa Inggeris yang semakin lemah di Malaysia pernah menjadi isu panas dan ia kembali menarik perhatian ramai apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu penjawat tinggi awam mengambil ujian kecekapan bahasa itu.

Perdana Menteri yang membuat pengumuman itu pada 6 Jun lepas dipetik sebagai berkata, mustahak bagi penjawat tinggi awam untuk menguasai Bahasa Inggeris yang baik kerana mereka mempunyai mesyuarat di luar negara.

Perkara ini turut membuka siri perdebatan baru dalam kalangan ahli masyarakat yang turut menjadikannya topik perbincangan pada sesi sembang baik di laman sosial mahupun di kedai kopi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Isu tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang tidak memuaskan dalam kalangan rakyat Malaysia secara umumnya bukanlah satu perkara yang baharu.

Dalam bidang pendidikan sebagai contoh, polemik penggunaan bahasa ini sebagai bahasa perantara bagi pelajaran Matematik dan Sains pernah menggegarkan negara tidak lama dahulu.

Dr. Mahathir dalam satu acara di Melaka pada tahun 2014 pernah menyatakan bahawa mempelajari Bahasa Inggeris tidaklah bermakna menolak Bahasa Melayu atau menjadikan warga Malaysia sebagai orang barat.

“Cuma bahasa ini (Inggeris) gerbang bagi ilmu. Tidak guna ada emas sebesar mana pun di bawah rumah kita kalau kita tidak tahu macam mana hendak keluarkan,” kata beliau lagi. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini