Kurang berpolitik, masa untuk bekerja bagi rakyat Perlis - Azlan Man - Utusan Malaysia

Kurang berpolitik, masa untuk bekerja bagi rakyat Perlis – Azlan Man

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU – Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man yakin sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis termasuk dirinya tetap fokus dengan agenda utama iaitu membangunkan negeri itu selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada kira-kira 250,000 rakyat Perlis.

Katanya, beliau dan kesemua sembilan Exco komited bagi memenuhi mandat yang diberikan oleh rakyat.

“Kini masanya, kita kurang berpolitik, masa untuk bekerja bagi rakyat Perlis dan banyak perkara perlu diuruskan terutamanya melibatkan projek pembangunan yang diluluskan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menjunjung titah Raja Perlis (Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail) dan akan bekerja keras dengan penuh komited bersama-sama dalam satu pasukan,” katanya pada sidang akhbar di Istana Arau di sini hari ini.

Azlan Man menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua.

Berikut senarai portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis

1. Datuk Seri Azlan Man – DUN Bintong (Menteri Besar)
– Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan, Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa, Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Industri, Hal Ehwal Tanah, Keselamatan dan Ketenteraman Awam.

2. Asmaiza Ahmad – DUN Chuping
– Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

3. Nurulhisham Yaakob – DUN Simpang Empat
– Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam.

4. Azizan Sulaiman – DUN Santan
– Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Penjaja dan Peniaga Kecil, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Pembangunan Usahawan dan Industri Kecil dan Sederhana.

5. Hamizan Hassan – DUN Kayang
– Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan dan Prasarana Awam, Pengangkutan, Belia dan Sukan, Badan Bukan Kerajaan.

6. Ruzaini Rais – DUN Beseri
– Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana, Hubungan dan Kerjasama Sempadan.

7. Rozieana Ahmad – DUN Pauh 
– Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

8. Siti Berenee Yahaya – DUN Mata Ayer
– Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan Masyarakat, Tugas-Tugas Khas.

9. Teh Chai Aan – DUN Titi Tinggi
– Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Kesihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini