Pengerusi Amanah Negeri Sembilan dilantik Yang Dipertua DUN - Utusan Malaysia

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan dilantik Yang Dipertua DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang baharu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, perlantikan Zulkefly bagi menggantikan Datuk Dr. Awaludin Said telah dipersetujui oleh Exco kerajaan negeri yang bermesyuarat hari ini.

“Upacara angkat sumpah kesemua Ahli DUN termasuk Yang Dipertua DUN dan Timbalan Yang Dipertua DUN akan berlangsung pada 2 Julai ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Timbalan Yang Dipertua DUN akan disandang oleh ADUN Sri Tanjung, M. Ravi,” katanya pada sidang media di Wisma Negeri di sini hari ini. 

Aminuddin berkata, jawatan Timbalan Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan diwujudkan bagi memberi ruang demokrasi kepada semua ADUN menyampaikan pandangan dan kritikan disamping memberi masa yang cukup kepada mereka untuk berhujah.

Sementara itu, Aminuddin memaklumkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri akan diadakan pada 24 Jun ini di Dewan Orang Ramai Sikamat di sini.

Katanya, majlis yang dijadualkan bermula pada pukul 2 hingga 6 petang itu dijangka dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Kerajaan negeri turut mengundang Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan keluarga,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini