Mohd. Redzuan nafi dilantik sebagai menteri - Utusan Malaysia

Mohd. Redzuan nafi dilantik sebagai menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Jun – Ahli Parlimen Alor Gajah, Mohd. Redzuan Md. Yusof menyifatkan berita yang menyebutnya bakal memegang jawatan sebagai Menteri Keusahawanan dalam Kabinet baharu hanya sebagai spekulasi media.

MOHD. REDZUAN MD. YUSOF
MOHD. REDZUAN MD. YUSOF

Malah, Mohd. Redzuan berkata, dalam pertemuannya bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini di sini perkara tersebut langsung tidak dibincangkan.

“Saya dapat berita ini pun menerusi media sosial selepas berlangsungnya pertemuan bersama Dr. Mahathir dan pimpinan PPBM pagi tadi. Dalam mesyuarat itu Dr. Mahathir langsung tidak menyebut mengenai barisan Kabinet baharu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya anggap berita yang ditularkan ini hanya sebagai spekulasi media,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebuah portal berita hari ini menyebut bahawa Mohd. Redzuan bakal memegang portfolio yang dihidupkan semula iaitu Kementerian Pembangunan Usahawanan.

Kementerian tersebut sebelum ini dimansuhkan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009 dengan menterinya yang terakhir ialah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.-UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini