Tiada kejadian tanah mendap di Lebuh Raya Central Spine - Utusan Malaysia

Tiada kejadian tanah mendap di Lebuh Raya Central Spine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Polis hari ini, menafikan dakwaan kejadian kren terbalik di laluan keluar Fasa 3 Merapoh, Lebuh Raya Central Spine (CSR) sehingga menyebabkan kesesakan sepanjang 15 kilometer yang tersebar di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, tiada kejadian seumpamanya berlaku dan tiada kawasan yang mengalami masalah tanah mendap yang kononnya menjadi punca kren itu terbalik.

“Isu yang diviralkan adalah palsu. Pengguna diminta untuk tidak mempercayai dan menyebarkan perkara itu,” katanya kepada pemberita di sini dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dakwaan kren terbalik itu tersebar di kumpulan WhatsApp meminta orang ramai yang hendak pulang ke Kelantan untuk tidak menggunakan laluan itu, yang dikatakan sesak bermula dari laluan Chegar Perah, Lipis. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini