KPDNKK keluar 568 notis kepada peniaga gagal patuhi sifar GST - Utusan Malaysia

KPDNKK keluar 568 notis kepada peniaga gagal patuhi sifar GST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Sebanyak 568 notis dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada peniaga di seluruh negara kerana melakukan kesalahan berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 Jun lalu hingga semalam.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, notis mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 itu dikeluarkan ekoran peniaga terbabit didapati gagal menyelaraskan harga barangan selepas penurunan kadar GST daripada enam peratus kepada kadar sifar.

“Sebanyak 49 notis mengikut Seksyen 21 AKHAP 2011 dan 519 notis mengikut Seksyen 53A  AKHAP 2011 telah dikeluarkan menerusi Operasi Catut 4.0. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Notis mengikut Seksyen 21 dan Seksyen 53A AKHAP 2011 dikeluarkan apabila mengesyaki peniaga ambil untung secara berlebihan. Peniaga ini diminta mengemukakan semua dokumen berkaitan penetapan harga barangan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan pemeriksaan skim kawalan harga musim perayaan di NSK Seremban 2 dekat sini hari ini. 

Mohd. Roslan berkata, KPDNKK akan mengira harga barangan yang dijual peniaga terbabit berdasarkan dokumen yang diperoleh dan kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan mahkamah jika didapati berlaku pencatutan. 

Sementara itu, katanya, KPDNKK telah melakukan pemerikaan keatas 447,206 barangan jualan di 16,416 premis perniagaan di seluruh negara sejak penurunan kadar GST daripada enam peratus kepada kadar sifar bermula 1 Jun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini