SEBERANG PERAI – Perselisihan faham antara dua lelaki warga Myamar yang berada dalam keadaan mabuk berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati ditikam dalam satu pergaduhan di hadapan asrama sebuah kilang memproses bawang goreng di Juru Estate di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu, mangsa, Sai Ko Ko, 20-an, yang bekerja sebagai operator di kilang tersebut ditemui mati dengan kesan tikaman pada dada dipercayai menggunakan pisau.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pergaduhan itu berlaku antara mangsa dan suspek yang juga warga Myanmar angkara perselisihan faham selepas mereka berdua mengambil minuman keras.
“Suspek berusia 23 tahun telah menggunakan pisau dan menikam mangsa sebelum melarikan diri bersama seorang lagi rakannya selepas menyedari mangsa telah mati.











