Gangsa pengubat duka Wafiy - Utusan Malaysia

Gangsa pengubat duka Wafiy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTANG olahraga dalam pembikinan, Abdul Wafiy Roslan berpuas hati berjaya membawa pulang pingat gangsa buat Malaysia dalam acara 4×400 meter (m) Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Stadium Nagaragawa Gifu, Jepun kelmarin.

Kejayaan itu menamatkan penantian Malaysia untuk memenangi pingat dalam acara 4x400m lelaki di peringkat remaja Asia sejak kuartet Patrick Khoo Ghee Wong, Edward Jaipal, John Petruse dan Sean Paul meraih perak di Singapura pada 1988.

Lebih menarik, catatan masa dilakukan gandingan Wafiy, Luqmanul Hakim Khairul Akmal, Muhammad Ilham Suhaimi dan Muhd. Saiful Safwan Saifuddin ia­itu tiga minit 09.60 saat (s) berjaya meleburkan rekod 4x400m remaja Malaysia, 3:12.45s milik kuartet 1988 berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wafiy, 19, mengakui tidak menjangka dapat memenangi pingat gangsa kerana saingan yang hebat-hebat pada aksi final kelmarin.

“Kami tidak mahu sia-siakan peluang kerana sudah berada di kedudukan ketiga ketika menerima baton memandangkan saya adalah pelari terakhir.

“Saya sangat berpuas hati dengan kuartet 4x400m ini kerana kami dapat juga membawa pulang pingat untuk Malaysia. Inilah salah satu cara dan peluang untuk kami membuktikan kepada jurulatih dan semua orang.

“Saya juga rasa lega ke­rana dapat membalas kekecewaan sebab gagal me­langkah ke final 200m (satu lagi acara disertai Wafiy kelmarin),” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pingat emas dimenangi Sri Lanka dengan catatan masa 3:08.70s, manakala tempat kedua menjadi milik Thailand yang menca­tatkan 3:09.20s.

Kuartet 4x400m negara selepas ini dijadualkan menyertai Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2018 di Tampere, Finland bulan depan, namun ia dikatakan bergantung kepada ‘kelulusan’ Kesatuan Olahraga Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini