TELUK INTAN 11 Jun-Sebanyak 29 usahawan produk kampung yang menyertai Karnival lndustri Asas Tani Daerah Hilir Perak dijangka menjana pendapatan mencecah RM1juta sempena Ramadan dan Syawal tahun ini.
Ketua Pengarah Fama Perak Dato’ Ahmad Ishak berkata tahun lalu sebanyak RM853,390 diperolehi oleh ushawan yang sama dengan sasaran nilai jualan tahun 2018 mencecah RM1 juta yang berniaga di Karnival Adilfitri di Dataran Menara Condong yang berkonsep Agrotourism.
Saya gembira apa yang di lihat semua produk melalui proses pembungkusan yang kemas dan rapi ,menarik dan cantik lengkap dengan maklumat yang terkini ,dengan peningkatan bakal dicapai kerana pengguna yakin terhadap produk yang dihasilkan usahawan berkualiti tinggi dan juga asahawan dari kampong .
katanya ketika merasmikan Karnival Aidilfitri 143H MY BISKUT RAYA Menara Condong peringkat Daerah Hilir Perak di Dataran menara Condong di sini semalam.
Karnival yang bermula 1 Jun dan akan berakhir 14 Jun pada malam Raya semalam memberi peluang kepada 29 ushawan bumimputera dibawah bimbingan FAMA memasarkan palbagai produk menerusi karnival Adilfitri yang kelima dianjurkan oleh FAMA Perak.
Yang turut hadir wakil-wakil Majlis Perbadaran Teluk lntan,29 wakil usahawan Karnival dan Pengarah FAMA Negeri Perak Basri Jasmo.
Katanya” di Karnival Adilfitri Menara Condong ini memberi tarikkan setiap tahun kepada pelangan dan juga pelancong kerana di gerai Ushawann Kak Jah, Amanah Ikhtiar (AIM) berbagai jenis biskut Raya yang di buat dari produk-produk kampong, biskut Popia Nestum,Kuih Siput, Kuih Siput , Almond London, Kuih Bahulu semperit Susu dan kerepek keladi .
Antara pembekal produk di Bagan Datuk,Sungai Samak Hutan Melintang,Pasir Salak,Teluk Intan,Sungai Besar dan Taiping Perak.
Selain itu ‘sejak Karnival ini di buka di antara gerai-gerai menjadi tumpuan orang ramai keistimewaan nya di Gerai Pak Leh dengan Rendang Hitam Itik serati ,Rendang Puyuh ,Sagu Jawa dan biskut raya.
Pada tahun ini, terdapat 12 usahawan baru dan 29 usahawan terlibat menghasilkan sebanyak angaran 1000 jenis biskut Raya dan kuih yang mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.
Sementara itu, Dato’ Ahmad Ishak berkata, tahun depan FAMA melakukan pendekatan baharu dalam memasarkan produk usahawannya dengan membuka bazar di dalam berbentuk hamper Raya di mana sekarang di kompleks beli-belah banyak menyediakan hamper Raya kerana menjadi tumpuan orang ramai untuk berbelanja,katanya di sidang media
Menurut beliau Kerajaan negeri begitu komited dan memberi sokongan yang penuh terhadap ushawan yang gigih menyertai karnival jualan sepanjang masa dan tidak terhad kepada musim perayaan sahaja.
“Ushawan tidak perlu bimbang kerana di negera ni mereka boleh mendapat dana pinjaman daripada Amanah Iktiar (AIM) Tekun bagi meneruskan kerjaya mereka sebagai ushawa dengan syarat mempunyai keyakinan terhadap kebolehan sendiri”katanya.
“Ushawan untuk memajukan perniagaan bangkit untuk hidup dalam bentuk formnula yang cukup konsistan sebenarnya diberi jaminan oleh Kerjaan Negeri”
Katanya,Karnival Adilfitri ini di tubuhkan pada tahun 2005 dan di Menara Condong ini merupakan satu bangunan di iktirapkan sebagai satu Warisan Kebangsaan juga merupakan satu tempat tarikan semua masyarakat dan kaum dan terutama dari tarikan kepada pelancong.
Setiap tahun sambutan bertambah meningkat dari masa ke masa sejak Karnival ini di wujudkan di Dataran Menara Condong ini yang menjadi mercu tanda kebangaan penduduk Teluk Intan.
Apa yang menarik pelanggan yang baru bagi usahawan yang mengedarkan produk-produk Industri Asas Tani dan dapat membantu penguna mendapat harga yang berpatutan dan memberi ruang dan peluang kepada usahawan muda untuk menjalankan perniagaan produk mereka yang akan memartabatkan produk keluaran Negeri Perak.
Untuk mempromosikan dan mempamerkan produk-prduk Industri Asas Tani di Negeri Perak di kalangan orang ramai dan komuniti perniagaan dan mewujudkan rantaian perniagaan dan pasaran pernigaan di medan pertemuan di antara perniaga kecil dan besar,agen-agen pemasaran dan pelanggan.
Adanya Karnival ini dapat memberi pulangan yang sangat baik kepada usahawan dan mendedahkan usahawan kepada suasana pemasaran serta jaringan pemasaran yang lebih luas dan terbuka di negeri Perak
Produk-produk atau pun Biskut Raya yang menjadi perhatian semua golongan masyarakat seperti yang berada di Karnival Menara Condong ,Bahulu kampong,kerepek pisang dan kerepek ubi kayu,Biskut kelapa bakar ,dodol durian.
Karnival ini diadakan 2 minggu sebelum menyambut hari Raya Aidilfitri setiap tahun dan juga merupakan satu program kerjasama di antara pihak FAMA dan Majlis Perbandaran Teluk Intan. – UTUSAN ONLINE











