Harga barang pasar tani berpatutan dan kompetitif - Salahuddin - Utusan Malaysia

Harga barang pasar tani berpatutan dan kompetitif – Salahuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan harga barangan keperluan dan makanan yang dijual di pasar tani seluruh negara sepanjang musim perayaan Aidilfitri adalah berpatutan dan kompetitif.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya akan turut memastikan barangan yang dijual di  732 pasar tani di seluruh negara itu bermutu dan berkualiti untuk kegunaan pengguna.

“Kita mahu 732 pasar tani itu berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan keperluan dan makanan terutamanya kepada pengguna yang sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dengan cara itu, pengguna mempunyai lebih banyak pilihan kerana barangan pasar tani termasuk ayam, daging, ikan dan sayur yang ditawarkan jauh lebih segar dan dijual dengan harga yang berpatutan berbanding pasar lain seperti pasar raya, pasar besar dan kedai runcit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Jimat Belanja Aidifitri di Pasar Tani Seksyen 13 di sini hari ini.

Turut hadir Exco Pertanian negeri Selangor, Izham Hashim dan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Datuk Ahmad Ishak. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini