Polis jejak individu bantu siasatan kes pukul kanak-kanak - Utusan Malaysia

Polis jejak individu bantu siasatan kes pukul kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Polis mencari seorang lelaki, V.Jenarthanan bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dalam kejadian di Taman Kaloi, Mambau dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai bapa mangsa diminta tampil segera ke balai polis berhampiran selepas satu laporan berhubung kejadian itu diterima pukul 1.40 petang ini.

“Berdasarkan maklumat, lelaki terbabit yang baru pulang ke rumah memarahi anaknya kerana tidak menjawab panggilan telefonnya lalu memukul mangsa pada tangan kiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ibu mangsa berusia 33 tahun cuba menghalang tetapi, gagal malah wanita itu turut dipukul dengan selipar pada peha kiri dan lengan kanan. Perbuatan suaminya yang terus memukul mangsa menyebabkan wanita itu mengambil telefon bimbit dan merakam perbuatan berkenaan,” katanya hari ini.

Video berdurasi 1 minit 34 saat itu kemudian menjadi tular di Facebook setelah dikongsi oleh seorang wanita berusia 28 tahun dipercayai rakan ibu kanak-kanak berkenaan. 

“Setelah mengetahui perbuatannya viral di Facebook, lelaki terbabit mengugut rakan isterinya agar memadam video tersebut di laman sosial jika tidak mahu diapa-apakan,” katanya.

Susulan itu, Hock Poh memaklumkan, siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 326A dan Seksyen 506 kanun sama serta 
Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jenarthanan boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 06 – 6033222 sambungan 3268 atau diminta tampil di balai polis berdekatan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini