Bantuan khas Aidilfitri perlu kelulusan Parlimen Julai ini - Utusan Malaysia

Bantuan khas Aidilfitri perlu kelulusan Parlimen Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bayaran Khas Aidilfitri kepada penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu mendapat kelulusan peruntukan tambahan pada sidang Parlimen Julai ini kerana peruntukan itu tidak dimasukkan dalam Bajet 2018.  

Kementerian Kewangan berkata, peruntukan yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini adalah sekadar pengumuman semata-mata. 

“Ada pihak berpendapat bahawa peruntukan permohonan tambahan telah disediakan dalam Bajet 2018 kerana mantan Perdana Menteri telah mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam dalam Ucapan Bajet 2018 tahun lalu pada 27 Oktober 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi sebenarnya, peruntukan bagi pengumuman bayaran tersebut tidak disediakan dalam Bajet 2018. Perkara ini telah disahkan oleh Pejabat Akauntan Negara,” menurut kenyataan itu hari ini. 

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2017 yang berkaitan perkara tersebut telah dibatalkan dan diganti dengan SPANM Bilangan 1 Tahun 2018. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini