GST sifar peratus : Jualan kenderaan meningkat - Utusan Malaysia

GST sifar peratus : Jualan kenderaan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Jun – Pasaran jualan kenderaan meningkat sehingga mencapai jualan lima kali ganda dalam masa sehari sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifarkan pada 1 Jun lalu.

Pengerusi Persatuan Pengimport dan Penjual Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abd. Rahman berkata, peningkatan itu berlaku kerana harga kereta semakin rendah selepas kadar GST disifarkan.

“Dulu apabila kadar GST enam peratus harga kereta naik dan kurang mendapat sambutan tetapi apabila disifarkan jualan meningkat secara mendadak sehingga bekalan kereta tidak mencukupi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jurujual mampu menjual kira-kira 10 kenderaan dalam masa sehari dan kenderaan pelbagai guna ( MPV) serta kenderaan utiliti sukan (SUV) antara yang mendapat permintaan tertinggi,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Shopping Raya anjuran Pekema di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Pekema menaja kelengkapan perayaan untuk 130 anak yatim, pelajar tahfiz serta anak-anak daripada keluarga yang kurang bermampuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini