Doa didekati sahabat ikhlas- Janna Nick - Utusan Malaysia

Doa didekati sahabat ikhlas- Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Jun- Di tangga usia 23 tahun, pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick berdoa agar dia sentiasa didekati orang-orang yang ikhlas untuk bersahabat.

JANNA NICK
JANNA NICK

Jelasnya, dia berharap agar dapat dijauhkan daripada individu yang cuba bershabat dengannya atas kepentingan peribadi semata/mata.

“Di usia 23 tahun ini, saya rasa kita boleh bezakan mana yang baik dan yang buruk. Saya harap dijauhkan dari individu yang tidak suka saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mahu bertahan lama dalam industri sebab itu saya doa agar dikelilingi sahabat yang ikhlas dan tidak mempunyai niat menjatuhkan kita,”katanya.

Janna berkata demikian ketika menyambut ulang tahun kelahiranya bersama peminat dan anak-anak yatim di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Janna juga memasang impian untuk merangkul lebih banyak trofi sebagai tanda aras usaha dan bakatnya.

“Saya mahu jadi artis berkaliber. Terima ksih kepada kelab peminat, Janna Nickers yang selama ini membantu dan menyokong saya.

“Saya sedar, hari demi hari banyak pesaing dalam industri seni tapi kita kena sentiasa berusaha seikhlas hati untuk mengekalkan nama dan bertahan dalam industri,” kata penyanyi lagu Mungkin Saja ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini