Siti Zaharah kembali tanding Ketua Wanita - Utusan Malaysia

Siti Zaharah kembali tanding Ketua Wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 7 Jun – Tan Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman membuat penampilan semula dengan kembali me­rebut jawatan Ketua Wanita UMNO, kerusi yang pernah disandang beliau pada tahun 1996 hingga 2000 lalu.

SITI ZAHARAH
SITI ZAHARAH

Dr. Siti Zaharah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Paya Besar, menerusi entri laman sosial Facebook miliknya turut memaklumkan bahawa beliau telah mengemukakan borang pencalonannya di Ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur semalam.

“Saya bersama Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Paya Besar, Zuraidah Musib telah menghantar borang ia­itu saya menawarkan diri untuk jawatan Ketua Wanita manakala Zuraidah bagi jawatan Exco Wa­nita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam masa sama saya dan Zuraidah akan mempertahankan jawatan di bahagian. Hasrat kami adalah untuk terus tampil membina semula UMNO dengan track record serta pengalaman yang dimiliki,”katanya.

Sementara itu, kepimpinan UMNO Bahagian Paya Besar memberi sepenuh sokongan kepada Dr. Siti Zaharah serta seorang lagi pemimpin bahagian itu, Mohd. Shahar Abdullah yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, beliau yakin dengan pengalaman yang dimiliki Dr. Siti Zaharah dan Mohd. Shahar pastinya mampu memberi sumbangan besar kepada parti jika diberi mandat serta kepercayaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini