Johan mahu bertanding MT UMNO - Utusan Malaysia

Johan mahu bertanding MT UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jun – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abd. Aziz menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi dalam pemilihan UMNO, 30 Jun ini.

JOHAN ABD. AZIZ
JOHAN

Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Hulu Langat berkata, keputusan itu dibuat bagi melaksanakan pembaharuan secara menyeluruh dalam Barisan Nasional (BN) selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya ingin mencurahkan khidmat bakti dalam UMNO dan mahu membangkitkan kembali semangat dan kekuatan parti ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini agenda berat untuk memulihkan keadaan dan bukan ambil masa sehari dua. Kita tidak boleh menyalahkan UMNO semata-mata akibat kekalahan tersebut,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Johan menambah, sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, beliau perlu menyumbang sesuatu berdasarkan pengalaman berkhidmat untuk UMNO sejak lebih 30 tahun lalu.

Mengulas mengenai pertandingan calon muka baharu dan lama bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi, beliau berkata, ia adalah perlu untuk memastikan UMNO terus relevan.

“Gandingan muka baharu dan lama sangat baik untuk memperlihatkan idea baharu ditonjolkan, mana yang kurang ditambah baik dan mempertahankan perkara-perkara yang membawa kebaikan.

“Insya-Allah saya akan gunakan kebolehan yang ada serba sedikit dan ia perlu disumbangkan bagi membolehkan kematangan kepada UMNO,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini