KUALA LUMPUR 7 Jun – Satu jawatankuasa khas di bawah Kementerian Sumber Manusia akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi meneliti aduan-aduan berhubung Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).
![]() |
|
M. KULA SEGARAN
|
Menterinya, M. Kula Segaran berkata, aduan-aduan itu kemudian akan dipaparkan dalam laman sesawang rasmi HRDF dan akan dikemas kini secara kerap.
“Kita mahu ‘pergerakan’ yang telus dan tidak mahu berselindung di bawah mana-mana nama,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi soal jawab bersama HRDF, di sini hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Yang turut hadir, Ketua Eksekutif HRDF, Datuk J. Vignaesvaran. – UTUSAN ONLINE












