[VIDEO] Peguam Negara beri keutamaan kes 1MDB - Utusan Malaysia

[VIDEO] Peguam Negara beri keutamaan kes 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Jun – Jabatan Peguam Negara (AGC) memberi jaminan akan menjalankan pendakwaan jenayah dan mengambil tindakan sivil yang sama rata terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan melibatkan kes 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

TOMMY THOMAS

Peguam Negara yang baharu, Tommy Thomas berkata, semua perkara berkaitan kes berkenaan diberi perhatian serius yang mana tiada individu yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang, mahupun dilindungi oleh pihak lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, AGC akan menghubungi agensi seumpa­manya termasuk Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Luxembourg dan Singapura untuk menghulurkan kerjasama dalam semua perkara berkaitan 1MDB bagi memastikan berbilion-bilion wang pembayar cukai yang telah dicuri, dikembalikan ke negara ini.

“Saya memberi keutamaan kepada 1MDB dan akan meneliti kertas siasatan dan dokumen berkaitan kes tersebut terlebih dahulu sebelum mendakwa atau mengenakan tindakan sivil terhadap pihak terlibat,” ujar­nya kepada pemberita sewaktu memulakan tugas pertamanya di AGC di sini hari ini.

Beliau menerima surat pelantikan sebagai Peguam Negara pagi ini yang antara lain menyatakan bahawa tempoh perkhidmatan adalah selama dua tahun.

Beliau turut di­tanya sama ada pi­hak­nya akan menyiasat dakwaan bahawa Peguam Negara terdahulu menghenti­kan siasatan kes 1MDB.


Video oleh ZAKI AMIRUDDIN

Ujar Tommy, pi­hak­nya akan meneliti perkara itu dengan fikiran terbuka kerana beliau ‘orang luar’ dan beliau tidak mempunyai akses terhadap dokumen kerajaan dan hanya mengetahuinya melalui public domain (domain awam) sahaja.

Menurut Tommy, selain skandal 1MDB, dua lagi fokus utama yang akan diberi perhatian ialah memansuhkan undang-undang yang menindas serta menyemak semula tindakan pentadbiran terdahulu melaksanakan kontrak antarabangsa bagi memastikan ia tidak bercanggah de­ngan kepentingan Malaysia.

Jelas beliau, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 tersenarai sebagai undang-undang bersifat menindas yang perlu diteliti oleh jabatannya sama ada untuk memansuhkannya secara keseluruhan atau sebahagiannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini