KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara baharu menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang ditamatkan perkhidmatannya.
“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.
Dalam kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara kepada Bernama awal pagi semalam, Wan Ahmad Dahlan berkata, Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.











